Pernahkah anda merasa telah berjuang melakukan diet tetapi berat badan masih tidak turun-turun? Bukan hanya anda seorang yang mengalaminya tetapi turut dilakukan oleh orana lain. Hal ini disebabkan kerana adanya kesalahan yang seringkali tanpa disedari berlaku di sepanjang tempoh Derdiet. Berikut adalah di antara kesalahan yang sering dilakukan:
1 Kesilapan Berdiet 'Crash diet'
'No fat diet, no carbs diet, high protein diet". Diet-diet ini tidak seimbang dan membahayakan fungsi tubuh. Lemak mempunyai fungsi penting dalam tubuh kita, membantu penyerapan vitamin A, D, E, K. Apabila ia tidak langsung diambii maka tubuh akan kekurangan vitamin-vitamin yang diperlukan dan boleh menyebabkan penyakit yang lebih serius. Tidak mengambil karbohidrat juga sangat berbahaya kerana tubuh kita memerlukan karbohidrat sebagai sumber tenaga utama. Otak kita juga memerlukannya. Diet sebenar yang disarankan adalah yang seimbang, bukan yang mengharamkan salah satu jenis nutrisi yang ada.
2 Menetapkan'cheat day'
Kebanyakan orang yang berdiet seringkali menetapkan satu hari untuk 'cheat day' atau 'makan bebas', dan kebiasaanya pada hari minggu. Menetapkan 'cheat day' khusus seperti ini dianggap seperti memberikan 'reward' atau hadiah setelah anda berhasil melepasi enam hari sebelumnya dengan diet yang ketat. Diet sebenamya adalah 'lifestyle', jadi dengan memberikan 'cheat day', anda akan memprogramkan otak anda bahawa enam hari sebelumnya adalah 'hari penuh sengsara'. Anda tidak perlu melakukan semua itu kerana jika pola ini diteruskan, lama kelamaan ia akan membuat anda penat untuk berdiet dan akhirnya melepaskan pola diet yang dijalankan selama ini. Anggaplah diet anda adalah sebuah gaya hidup, bukan tuntutan atau tekanan dari sesiapapun.
3 Makan hanya sehari sekali
Makan banyak boleh menambahkan berat badan manakala makan lebih sedikit akan menurunkan berat badan anda. Oleh sebab itu ramai yang menahan rasa lapar atau tidak makan langsung untuk menurunkan berat badan. Walaubagaimanapun, berlapar hanya akan menyebabkan metabolisme tubuh menurun, yang seterusnya melambatkan proses pembakaran lemak. Semua itu menurunkan tenaga seharian anda dan seterusnya menyebabkan anda berasa lemah atau kurang cergas.
Lapar juga pertanda perut anda kosong dan gula darah sudah menipis sedangkan otak amat memerlukannya. Apabila diteruskan, anda akan mula berasa pening. Hal ini juga sama kesnya dengan orang-orang yang makan hanya sehari sekali atau dua kali dengan niat ingin kurus. Sebaik-baiknya anda perlu makan antara 5 hingga 6 kali sehari di mana tiga kali makanan 'biasa' dan tiga kali lagi snek untuk mendorong metabolisme tubuh supaya tetap meningkat.
4. Pengambilan kalori terlaiu rendah
Untuk wanita, tubuh memeriukan sekitar 2000 kalori setiap harinya, sedangkan lelaki memerlukan sekitar 2500 kalori sehari. Apabila kalori yang masuk dibatasi kepada 1000 kalori atau kurang dari itu maka ia akan menyebabkan rendahnya metabolisme tubuh dan boleh menyebabkan anemia.
5.Hanya menumpukan pada pemakanan semata-mata
Mengapa?. Walhal olahraga dapat meningkatkan metabolisme tubuh yang membantu proses pembakaran lemak dan kalori, berat badan pun akan lebih cepat turun. Jika susah sangat untuk berolahraga, mari kita ganti dengan gaya hidup aktif. Contohnya meletakkan kereta jauh dari pintu masuk pusat membeli belah untuk membolehkan anda berjalan kaki lebih lama dan lebih jauh.
6. Tidak minum susu
Meminum susu setiap hari tetap diutamakan, terutamanya susu rendah lemak berkalsium tinggi kerana ia membantu menguatkan tulang dan melengkapkan zat tubuh.
7 Tidak makan setelah berolahraga
Makan setelah berolahraga ini adalah makan terpenting untuk tubuh. Adalah disarankan meminum protein dan karbohidrat paling lewat 15 minit setelah latihan dan makan seperti biasa 1 jam setelah latihan untuk memperbaiki tubuh setelah berolahraga.
adkh ini khusus tok yana??? yg pasti... klako bc ym korg(ejud vs yanty) petg td hahaha tesipu2 yana kihkihkih guner projectr tu beb!
ReplyDeleteehh...awk ade skali ke dlm klas time 2?? xla xde kene mengena ngn yana pon..info ni utk pengetahuan org ramai...hehehe...
ReplyDelete;p