Thursday, May 9, 2013
i'm back!
Wednesday, February 16, 2011
TAG: Wedding plan
25 years old on dis sept.
2.Are you single?
single but not available ;p
3.At what age do you think you'll get married?
maybe 27 lepas abis study keje 2 tahun paling lewat pon 29 la.
4.Do you think you'll marrying the person you are with now?
InsyaALLAH kalau jodoh kami =)
5.If not, who do you want to marry?
Heliza Helmi [sooo.. sweet] XD
6.Who will be your bridesmaid & bestman?
Tak kesah siapa2 pun. depend volenteer heee.. ;p
7.Do you want a garden/beach or traditional wedding?
beach. time matahari terbenam dengan angin sepoi² bhasa. pepasir putih desiran ombak...soooo sweet... XD
9.How many guests do you think you'll invite?
Semua rakan² kalian. insyaALLAH. datang jgn tak dtg ye.
10.Will that include your exes?
jemput je nk datang or tak depend... ;p
11.How many layers of cake do you want?
seberapa tinggi yg boleh ;p
12.When do you want to get married, morning or evening?
petang time mentari terbenam romentiknya.... XD
13.Name the song/tune you'd like to plat at your wedding:
14.Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?
semua boleh depend pada tetamu =)
15.Champagne or red wine?
Di larang sama skali!!
16.Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
Everyday after marriage =)
17.Money or household items?
18.How many kids would you like to have?
4 kalau sempat ;)
19.Will you record your honeymoon in DVD/CD?
semestinya..kenangan terindah =)
20. Whose wedding plan would you like to know next?
Friday, January 14, 2011
Doa untuk Kekasih

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...
Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...
Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...
Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.
Wednesday, December 29, 2010
ujian stress
Berikut adalah gambar yang mungkin menguji apakah anda sedang stress atau tidak. Penjelasan di forum vivanews.com menyebutkan ini adalah Fenomena Hypnotism.
Hypnosis merupakan sebuah metode yang telah diakui di USA sejak tahun 1958, iaitu metode klinis untuk mengatasi berbagai permasalahan emosional.
Oleh karana itu, fenomena Hypnotism sebenarnya sama sekali tidak berhubungan dengan Magic ataupun Mistik, tetapi fenomena tersebut diteliti sebagai suatu kondisi seseorang dimana perhatiannya lebih terfokus dan pikiran bawah sadarnya (Sub-Conscious Mind) bekerja lebih maksima.
Berikut beberapa gambar yang bisa membuat pandangan kita terhipnotis dan seolah-olah berubah padahal gambar ini merupakan gambar statis atau diam.

Kemudian gambar di bawah ini. Bila anda melihat gambarnya berputar, katanya anda sedang stress. Padahal gambar tersebut juga diam atau statik.

Sunday, December 26, 2010
saving to spending

Duit oh duit.. datang lah kepadaku.. Kalau la duit boleh dating macam tu kan best!! Kalau cerita pasal duit ni, macam² ceritanya. Orang cakap “ Money is Everything” betul ke?? Ada orang cakap pulak “No Money no talk”. Kadang² ada betulnya jugak.
Dengan ini aku terpaksalah memecahkan tabung yang cute ini [keluarkan duit je, sayang nak pecahkan hihi]. Terpaksalah aku mula menabung balik lepas ni. Aku budget duit tabung tu aku nak gunakan untuk tujuan lain tapi tak kesampaian. Ni semua angkara MARA tak memasukkan alaun sara hidup dari bulan October sehingga ke hari ni. Dan ada beberapa payment yang sepatutnya aku dah dapat tapi maybe ada internal problem, tu yang payment sangkut.

Esok dah la start semester baru, nak register kena bayar maintenance fee lagi tah brapa ratus karang kolej caj. Kopak²!!.. Selepas kira² duit dalam 3bijik tabung, cukup la nak bayar apa yang patut kat kolej dan sara hidup dalam beberapa minggu ni. Aku mengharap sangat² awal January ni MARA masukkan alaun, kalau tak mati la aku merempat [tak de la sampai merempat kot hehe].
Apa pon bersyukur apa yang ada sekarang ni. Dugaan duniawi je semua ni. Jangan mengeluh bila di uji sebegini, tapi aku termengeluh la pulak.. hehe.. Tapi apa pun hadapi dengan senyuman.. =)
Cheers!
Saturday, December 25, 2010
nothing

Penantian ternanti² tertunggu² menunggu.. apa lagi seerti dengan ayat tu..
Aku rasa dah tak ada erti lagi kot semua tu. Dulu boleh la dia cakap boleh menunggu la, tapi aku rasa sekarang ni everything is changing. Biasalah manusia rambut sama hitam, hati siapa la yang tau kan..
Berubah hati tu lumrah manusia, kadang² apa yang di janjikan atau di ungkapkan itu semuanya boleh berubah dan di ubah. Apa yang aku mampu sekarang hanya boleh tengok dari jauh je. Nak view FB dia pon dah tak boleh bcoz not in friend list. You have been removed. Redha je lah apa yang dah terjadi semua ni.
Before kita salahkan orang lain, cerminkan diri sendiri dulu, apa yang kita dah buat salah sampai orang lain bertindak sebegini. And the last word can i say, im so sorry because i can not be a good brother. Thanks for everything.
Sunday, December 19, 2010
[AIM] HTC Desire HD

Monday, December 13, 2010
5 pulau tercantik di Malaysia..

Pulau yang terletak berhampiran bandar Sampoerna, Sabah ini adalah antara pulau terindah di dunia dan popular dengan aktiviti selaman skuba. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh New 7 Wonders of Nature votes commitee, Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun 2009.
Pulau Tioman yang berada di bawah pentadbiran negeri Pahang ini terletak di antara sempadan Pahang dan Johor. Pulau ini pernah tersenarai sebagai 10 pulau tercantik di dunia dan kewujudannya kini sedang dipertahankan sebagai antara syurga aktiviti selaman skuba dan gaya hidup pulau yang menyeronokkan.
Pulau bebas cukai yang terletak di negeri Kedah ini terkenal dengan mitos dan lagenda seperti Pulau Dayang Bunting, Mahsuri, Puteri Dayang Sari, Telaga Tujuh dan sebagainya. Langkawi yang mempunyai taman geologi berusia jutaan tahun kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.
Pulau Redang adalah pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau yang terletak di Terengganu ini mempunyai sejarah tersendiri semasa Perang Dunia kedua di mana dua buah bangkai kapal iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse ditenggelamkan di perairan pulau ini.
Pulau Perhentian yang juga terletak di Terengganu antara pulau yang popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Pulau ini sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur.
Antara 5 pulau tu, 3 pulau aku dah jejaki, tinggal lagi 2 pulau Sipadan & pulau Redang tak sampai lagi. Suka sangat tempat² macam ni. Back to nature, aman. Memang sesuai sangat untuk menenangkan mental dan fizikal. InsyaALLAH next year nak menjejaki pulau Redang. Pulau Sipadan need time, need alot of money baru la best pergi sana dah la jauh nun di sabah. Still searching partner to join us going the vacation!!
Cheers! =)
Sunday, December 12, 2010
wish list

Semua orang rasanya ada planning tersendiri. Dan aku ada wish list yang aku dah planning dari dulu lagi. Tak kisah la planning tu untuk diri aku, future aku or family aku. Dan aku ada berkerja dengan 1 company IML Resources, dari situ la aku dah buat wish list. Dengan apa profit yang aku dapat dari IML, aku nak sharing dengan orang terdekat dengan aku especially family aku. Ada rezeki sikit ni nak share, insyaALLAH di murahkan rezeki.
But lately, aku rasa half of my wish list has gone.. dalam sekelip mata je semua ni hilang. Tapi semua ni mungkin ada hikmahnya. Aku tak nak fikir yang negative karang macam² benda yang buruk hinggap dalam kepala otak ni di tambah pulak hasyutan syaitan ni kat mana² ada.
Actually ‘wish lists’ ni sentiasa aku akan bawa kemana². I mean even hanya diatas sehelai kertas yang dilipat² simpan di dalam wallet. Kertas pon dah nak separuh hancur tapi aku akan salin balik kat atas kertas baru untuk mengantikan wish list yang nak hancur tu. Rasanya dah 2-3 kali kot aku replace wish list tu kat atas kertas baru.
Aku pon bukannya idamkan kereta sport, hidup mewah dalam masa terdekat ni, tapi ada 2 benda je aku nak tunaikan dari dulu lagi, nak berjasa pada mak ayah aku. Mama penah cita kat aku, dia teringin sangat nak pegi langkawi, aku rasa orang² tua nak pergi sana sebab nak beli pinggan mangkuk je kot sambil² holiday. Tapi aku nak bawa jauh sikit, pegi bercuti kat bandung @ Jakarta. Kat sana pon surga membeli belah, murah² pulak tu. Sekarang pon tiket Air Asia pon dah murah, pergi balik pon tak la sampai seribu pon.
Dan benda yang kedua aku nak tunaikan dulu, aku nak belikan dapur gas. Nak gantikan dapur yang dah rosak kat rumah tu. Kesian pulak aku tengok mama masak kat tungku yang rosak tu dengan api kecik, nak panaskan minyak pon berjam². Maybe pada dia tak kisah sangat kot sebab dia dah pernah rasa susah time dulu² tapi aku kesian dengan keadaan macam tu.
Since aku dah tak ada dalam IML lagi aku harap aku akan tetap akan mencari inisiatif lain untuk aku tunaikan ‘nazar’ aku kat parent aku ni sementara diaorang masih hidup di muka bumi Allah ni. Maybe rezeki aku kat IML tu sampai sini je. Wish all the best for IML Resources. =)
Hadapi semua dengan senyuman. =)
Cheers!




