Showing posts with label travelling. Show all posts
Showing posts with label travelling. Show all posts

Monday, December 13, 2010

5 pulau tercantik di Malaysia..




Pulau yang terletak berhampiran bandar Sampoerna, Sabah ini adalah antara pulau terindah di dunia dan popular dengan aktiviti selaman skuba. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh New 7 Wonders of Nature votes commitee, Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun 2009.

Pulau Tioman yang berada di bawah pentadbiran negeri Pahang ini terletak di antara sempadan Pahang dan Johor. Pulau ini pernah tersenarai sebagai 10 pulau tercantik di dunia dan kewujudannya kini sedang dipertahankan sebagai antara syurga aktiviti selaman skuba dan gaya hidup pulau yang menyeronokkan.


Pulau bebas cukai yang terletak di negeri Kedah ini terkenal dengan mitos dan lagenda seperti Pulau Dayang Bunting, Mahsuri, Puteri Dayang Sari, Telaga Tujuh dan sebagainya. Langkawi yang mempunyai taman geologi berusia jutaan tahun kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.


Pulau Redang adalah pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau yang terletak di Terengganu ini mempunyai sejarah tersendiri semasa Perang Dunia kedua di mana dua buah bangkai kapal iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse ditenggelamkan di perairan pulau ini.


Pulau Perhentian yang juga terletak di Terengganu antara pulau yang popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Pulau ini sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur.

Antara 5 pulau tu, 3 pulau aku dah jejaki, tinggal lagi 2 pulau Sipadan & pulau Redang tak sampai lagi. Suka sangat tempat² macam ni. Back to nature, aman. Memang sesuai sangat untuk menenangkan mental dan fizikal. InsyaALLAH next year nak menjejaki pulau Redang. Pulau Sipadan need time, need alot of money baru la best pergi sana dah la jauh nun di sabah. Still searching partner to join us going the vacation!!

Cheers! =)

Monday, November 8, 2010

day Bali last part





5hb nya, bangun2 pagi mandi2 terus ke pantai. Memang dari semalan nak cuba surfing. Rugi la pulak dah sampai bali tak surfing. Okla bayarannya hanya 300ribu rupiah, tak sampai seratus ringgit kot. Belajar sampai pandai. Kalau nak belajar kat academi dia 300 dollar. Memang cekik darah betul. Janji nak merasa je surfing ni macam mana.

Tapi tah kenapa hari ni ombak susah betolnak menjadi sebab nak surfing bukan semua ombak yang sesuai. Apa lagi meluncur la. 1st time dapat ombak memang cantik la, menjadi jugak aku surfing. Tapi dah ke pantai nak ke tengah tu penat giler mendayung dengan nak melawan ombak nyer tu.

Biler kena hentam dengan ombak besar tu memang sakit la badan sampai tertelan air laut. Naik kenyang sendawa2 terminum tu. Baru aku tau bukan senang nak surfing ni.

Last ombak aku surfing tu memang perfect la [bagi beginner macam aku ni] hehe.. serender la lepas tu tak larat nak mendayung ke tengah laut tu.

Lepas settle surfing pindah pulak swimming kat pool hotel, nak bilas badan sambil santai2 rehatkan badan lepas penat mendayung kat tengah laut tu. Balik bilik packing barang², mandi bersiap semua dan terus ke airport.

On the way ke airport sempat beli ole², ada la sikit key chain & fright magnet. Sampai je kat airport makan mcD alas perot dulu. Aku bayangkan airport dia macam LCCT tu tapi lagi daif. Dah la limited seat, wifi pulak tu tak ada. Memang bosan giler nak menunggu flight.

Boarding time dalam 8pm jugak la it upon dal delay berape lama tah. Macam kebiasaan duduk je dalam flight tu terus terlelap. Lupa pulak flight balik ada booked meal pizza & coffee. Bantai makan terus hilang ngantok. Nak lelapkan mata pon susah dengan terang menerang nyer.

Selamat sampai di LCCT around 11.30pm. amik cab terus menuju pulang ke rumah dengan amannya dapat tido di tilam yang empuk..

Sampai sini jela kisah perjalanan aku ke bali sampai la balik ke Malaysia balik. Macam² perkara terjadi kat sana, best dan tak best pon ada. Tapi apakan daya.. redha jela..

Cheers! ^_^

Sunday, November 7, 2010

day Bali part 4




4hb nyer pulak aku mengisi masa dengan berjalan2 jela.. awal pagi bangun terus ke pantai saja tengok orang main selancar [surfing]. Rasa macam best je. Dah bosan jalan2 kat pantai lepak kat McD pulak. Apa lagi dah sampai situ ada wifi plak tu, online la facebooking la jawabnya hehe..

Time lepak2 kat McD tu jumpa pulak dengan mamak dari Belanda. Yang aku terkejutnya dia boleh cakap indon sikit2. Tu yang aku layankan je tapi slang dia tetap ada orang belanda tu. Seronok jugak borak2 dengan dia sebab dia banyak bagi nasihat untuk yang suka traveling ni. Ada la 2jam sempat borak2. Last dia bagi email dia, mana tau kan dia datang Malaysia or aku datang Belanda ke boleh la roger2 hehe..

Dah bosan lepak2 kat mcD sambung jalan2..macam biasa la tumit dah pedih singgah Starbucks pulak. Sampai ke malam jugak la stay kat starbucks tu. Perot dah lapar keluar cari makanan, tak ada choice lain la KFC or McD jela yang halal. Pekena kfc pulak la.. tapi aku tak suka sos dia masin semacam.

Sambung jalan balik kali ni agak jauh la aku pusing2 berjalan, tah lorong2 mana aku jalan, agak takot jugak la dah lorong jelap dengan pub nyer bersepah, mamat2 indon yang tak semenggah nyer tu, silap2 dia ugut aku mampoii.. jalan time tu memang tak pandang kiri kanan terus melangkah. Akhirnya sampai jugak la jalan besar terang menerang. Alhamdulillah selamat jugak.

Penat berjalan sampai tapak kaki melecet2, benti lepak kat mcD tambah tenaga makan lagi hehe.. saja je tu makan buat syarat pada hal nak online hihi.. tepat pukul 12 balik terus ke bilik, basuh kaki, muka terus landing time..

Saturday, November 6, 2010

day bali part 3




3hb, tak banyak benda yang aku buat lepas semua selesai kerja balik ke hotel sambung jalan2 berseorangan, maklum la tak ada teman.


Malam tu lepak2 la kat pantai berjumpa dengan sorang mamat indon ni Jainuri namanya. Okla kalau nak bawak berbual, ramah. Ada la nak dekat sejam berborak2. Boleh pulak baik hati nak bawak ronda2 naik moto dia.

Ikutkan memang malas nak ikot tp tak tahu nak buat apa, layankan jela. Mulanya rasa takot jugak mana la tau dia bawak aku tmpat2 pelusuk rompak aku, mamposs.. mana tak nya aku takot, memang dia bawak tah kemana dengan sesatnya lagi.


Tup2 singgah kedai makan pekena bakso dgn es sorso. Time tu memang aku tak ada selera langsung, makan pon tak luak2. Lantak la dia dah belanja tak abis pon tak pe kan hehe..

Settle malam tu blk bilik tepat kol 12 mlm terus berdengkurr..

Thursday, November 4, 2010

day at bali


1 november

Bermulanya work travelling aku. Lepas bersiap2 packing barang2 limo datang jemput kat umah. Awal pulak limo datang kali ni janji pukul 3 tapi 2 lebih dah terpacak kat depan rumah. Bagus jugak tak payah la nak tunggu2.


Sampai LCCT 1stly lepak starbuck nak tunggu 3jam lagi flight, skali check baggage tak pre-booking da.. dah la baggage overweight nak tak nak bayar jela.. Flight delay 3jam nasib baik la AirAsia email alert kalau tak berbulu nak tunggu flight pukul 6:30pm.


Tak naik flight lagi kepala dah pusing, nak tak nak telan jela panadol. Flight tak terbang dah terlena, panadol punyer pasal la ni tapi ada bagusnya tak la terasa pusing tima dia nak terbang tu. Seram jugak la dalam flight tu dah la bergegar2 maybe impact daripada letusan gunung berapi. Dalam hati ni memang berdoa2 cepat la landing dengan selamatnya..

Alhamdulillah selamat landing kat Aport Denpasar, Bali. Settle sek passport semua amik teksi trus ke hotel Hard Rock. 1st time ni aku menjejakkan kaki kat hotel yang seHot ni hehe.. paling tak menahan ada tiger show laa.. bilik amat memuaskan la bilik.

Untuk hari ni tak ada yang menarik lagi la, just sampai hotel terus krokk.. tidoo..

Esok pasti aku tertunggu2..

Monday, November 1, 2010

Bali kemBali




Salam 1Blog!

setelah sekian lama tenggelam meninggalkan blog ni, kini aku muncul.. maklum la ada masa sikit² ni boleh la berblogging nanti dah busy haram nak bukak blog ni hehe..

Last post time aku travel ke ChiangMai Thailand, budget nak travel blogging la, lastly sampai ke sekarang langsung tak ada sequence dari 1st post Chiangmai tu hehe.. maklum la balik² dari Chiangmai je terus busy dengan design thesis. Tu yang terus senyap tapi tak pe la nak blogging pon dah hilang mood dengan post lepas², bak kata orang tua², yang dah lepas jangan di kenang hehe..

Hopefully lepas ni mood berblogging datang la. Dalam masa lebih kurang seminggu aku di bali aku nak ceritakan semua pengalaman, feel di negara orang. Bukan senang nak gi over sea macam ni so apa yang aku boleh kongsikan kita kongsi sama².


Tambah best lagi time aku di Bali tu ada Surfing Party Quiksilver semperna quiksilver open 2010 kat tempat penginapan aku pulak tu kat Hard Rock Hotel. Tak sabar aku nak sampai sana, apa lagi berparty la haha!! opss.. lupa pesan mama, "bila kat tempat orang behave yourself" hihi.. ok baik maa.. ^_^

Udah² la tu panjang sangat ni. Baju² tak pack lagi, passport kat mana aku letak, duit pon tak tukar lagi. aiyoo.. banyak lagi tak settle lagi rupenya, sempat ke ni.. wokeyhlah.. mau bersiap²..

Cheers!! ^_^