Showing posts with label FABE. Show all posts
Showing posts with label FABE. Show all posts

Friday, March 5, 2010

Chores


Bila kerja² berlambak tak siap mula la kelam kabut dibuatnya. Time tu la segala sakit datang tanpa diundang.. maigrain la sakit pinggang la nasib baik tak ada senggugut.. bertuah aku di jadikan sebagai kaum adam yang terkecuali dari serangan senggugut bila sampai pada waktunya hehe..

Sebagai kebiasaan hidangan yang selalu ada di sisi ni milo tak pon nescafe 2 in 1 [ double per cup] confirm lepas kena mata memang terbuka luas penganti tongkat ali super power memang power betul tongkat ali tu sampai terbawa² ke toilet hehehe..

For me, music must be dimainkan ketika buat kerja-kerja designing, rendering and editing. Music ni jela yang entertain aku time² busy buat kerja. Lagu² yang menjadi pilihan bercampur aduk sebab aku ni universal semua layan depend on mood jugak. Kadang² datang mood islamic tu semalaman pasang ceramah & motivasi Dr.Fadzilah Kamsah. Suka sangat dengan kata² dia.. Dari situ la aku selalu munasabah diri sendiri =)

As a student archi, malam jela paling sesuai nak buat kerja..Aku pon tak tau la kenapa aku suka buat kerja malam je pagi ke petang ke memang liat nak buat kerja mood tu tak ada kecuali dok buat kerja kat studio jela.. Di sebabkan suka buat kerja malam la selalunya stay up lagi² bila dah dekat akhir² semester.. Time tu la nak buat model, design nak kena detail kan nak compose presentation board tambah² lagi final exam nak kena study lagi adehhh... boleh pecah kepala otak ni di buatnya..

Esok ada board meeting kat kolej, thank to Hanis [my secretary] yang banyak membantu dan melancarkan segala kerja² surat menyurat, minute meeting and all thing sampai la ke announce kat semua biro² lain..Sabtu ni ada lagi meeting kat ukm.. baru nak concentrate dengan design ada pulak meeting... apakan daya attend jela..

Opss.. terlebih sudaaa.. syok sangat menaip sampai terlupe semua kerja² dah terbazir waktu kerjaku spend dengan blogging ni, pagi ni kena bangkit awal meeting pagi jangan la terlajak tido pulak.. make sure alarm kena keliling telinga hehe.. ok lah beta beradu dulu yea..

cheer!!

Wednesday, June 3, 2009

Inspiration d' REMAJA




Tak ku sangka² event ArchiWorkshop 09 nie masuk magazine REMAJA bil.547 keluaran 1Jun di ruangan remaja Info Ipt page 146 [perhh.. detail btol hehe]. Boleh di banggakn la event kecil²an nie leh masuk dalam magazine remaja. Tapi tak de la beso sgt ruangan tu janji ada hehehe...


Ni pon ean yg btau kalu tak mmg aku tak menahu langsung hehehe... Dulu ila pon ade btau aku nk publish event ArchiWorkshop nie kat magazine remaja tp still samar², skali betol daa.. Siap aku scan lg page tu tp still tak clear la so aku attech kn skali pic yg agak besar skit lagi clear ni.. Hopefully next 2nd ArchiWorkshop nie publish lg la yea bg menaikkan nama International University College of Technology Twintech [IUCTT] nie.. Hidup FABE!! hehehe...

Tuesday, June 2, 2009

Sem Sick



Hari ni hari berakhirlah sudah segala penat lelah yg tak terhingga sampai tak terungkap kepenatan sem six ni. Tak tido 2-3hari tu dah kebiasaan pabila tibanya akhir² sem. Milo dan Maggi Cup menjadi makanan ruji even tekak pon naik kembang tgk meggi tu, tp nak saving utk printing punya pasal telan jela apa yg ada janji perot terisi..hoho..

Sem ni cukup suffer utk ku design apatah lagi dapat design task buat mixed housing dengan masa hanya 10weeks. It's supposed to be 14weeks for designing. Tu blom lg aku terbongkang 2minggu akibat demam denggi tak sentuh langsung design. Firstly bila dapat design task tgk requirement mcm senang je bila dah start design planning, baru tau betapa susahnye buat housing ni.

Dengan kudrat yg aku ada ni dan kuatkan semangat meneruskan design. Seriously aku rasa mcm down sem nie, pressure giler nasib baik la sem nie 2 subjek je aku amik tu pon terkejar² dengan assignment nyer design lg adehh...Nasib baik la dapat lecturer yg sgt baik lg sporting gitu..hehehe..

Alhamdulillah, dengan apa yg aku buat dan result yg aku dapat, setimpal la dengan kerja aku ni. Even aku tak dapat buat design boards yg gempak² atlease semua requirement yg diberi complete aku siapkn. Lastly aku nak ucapkan jutaan terima kasih kat Studio Master aku, Sir [ bukan nama sebenar] hehehe.. yg telah byk memberi tunjuk ajar dan melayan karenah kteorg yg sangat baik nie [baik ke??] hahaha...

*Sir, sy mau join gi Pulau Tioman.. nk release tension gak.. hehehe...

Tuesday, April 14, 2009

ArchiWorkshop 2010 coming soon..

Berakhirlah sudah Architecture Workshop 2009 dengan jayanya even ada kekurangan serba sedikit biasa la tu 1st time organize kan [bak kata ema ;p]. Sangat best workshop nie tak sangka feedback dr smua student HND, diploma & digree sangat menggalakkan.. thnx to our Director Mr. Fairuz yg bertungkus-lumus dan smua crew² yg telah menjayakan ArchiWorkshop '09.

Dan Sekarang bertukar tugasan Director. Dengan ini aku di beri mandat dari Mr. Fairuz untuk take over tugasan Director untuk 2nd ArchiWorkshop 2010 kepada aku. Perhh... sangat besar tugasan Director nie. InsyaALLAH akan ku pikul tanggungjawab as a Director utk menjayakan ArchiWorkshop akan datang ni. Atas persetujuan suara ramai [tak la smua crew] memilih IDEALISM as a theme 2nd ArchiWorkshop 2010.

Kenapa aku pilih IDEALISM as a theme next 2nd ArchiWorkshop.. Sebabnya dalam Design process banyak peringkat. Firstly before design kena ada insprasi than selepas dah dapat inspirasi baru dapat idea utk start design. Barulah ada sequence dari theme 1st ArchiWorkshop. Aku pon tau nak buat poster macam mana. Last minit buat poster nie tu la hasilnya atas bantuan Shapik.

Ini la jawatan yang paling tinggi yang aku penah pegang. Last ArchiWorkshop pon aku just menjawat assistant Director je tu pon dah cukup berat apatah lagi Director.. Dengan menarik nafas yg panjang, dengan ini aku akan menjalankan tugasan yg telah diberi dengan penuh commitment.. =)

To all crew, dalam diz week or next week kita akan buat dinner untuk celebrate atas kejayaan ArchiWorkshop. Tempat dan bila tarikh dinner akan di umumkan dalam FABE Forum..so rajin²kan diri view Forum yea...

Nak upload pic time ArchiWorkshop aritu tak sempat nak amik pic² kat shapik so next entry akan ku upload pic² suasana Inspiration ArchiWorkshop '09...

pic² will be post next entry later k... =)

Wednesday, March 18, 2009

1st Studio Design 6




Semalam 1st studio utk sem ni. Terlalu lama aku menunggu selama 9 minggu ketiadaan studio master.Sebelum ni ada studio master tp masuk je 2nd week boleh la pulak resign. Macam² aku denga kabar angin sbb ape dia resign. Ada yg ckp kena fired la student tak suka la, lari la tp yg aku pecaya dia benti sebab nak sambung Part 2 nak amik AR. [tak baik bersangka buruk ;p]. Dan akhirnya kemunculan Ar. Mohd Hayazi Agusi as Studio Master design 6 kami. Member² aku penah bgtau Sir. Hayazi ni agak pedas comment or crit dia, tp aku pon tak nak comment apa² pasal dia. So far aku tau & kenal sir ni, Status still membujang, Hensem, Berketrampilan, Maskulin [promote jp haha..] tp.... mmg loya buruk slamber je [opss..terkomen la plak] hehehe...



Dan tinggal 10 weeks je utk design sem ni. Tak tau la sempat ke tak nie. Hopefully sempat la.. Lepas dapat Work Schedule aku belek², pack gak time table aku sem ni, dah la lambat start design. 3 kali crit selang 2minggu than Final Submission & Presentation. Dah la sem ni kena buat Housing, site pon tak cari lagi. Memandangkan kesuntukan masa so ikot suara ramai decide area² KL. Planning mmg nak amik site jauh² tp lupakn la niat tu huhuhu...



Dah la studio petang. Time² mcmni la klopak mata ni berat je + plak dalam suhu bilik 16'c terkebil² mata. Member² lain kecoh² dan aku agak blur² dengan dunia aku huhu... Tup².. sir tegur aku "sentimental betol blog awk tu ejud". Tersentak aku dengan kata² sir tu. Daripada mode ngantok trus bertukar mode segar + terkejut. Tak sangka sir. pon melawat blog aku ni [skemanya ayat hehe]. Aku pon tak tau la dr mana sir tau blog aku nie. Hohoho...


*p/s: kepada sir. Ar. Mohd Hayazi Agusi, rajin²lah singgah di blog ni dan tak perlu la segan² nak comment latest entries yea hehehe ;p.

Monday, March 16, 2009

Seminar

Rutin harian berjalan seperti biasa. Bukak booth utk promotion & registration ArchiWorkshop. Sambil² mempromote ArchiWorkshop nie aku pon turut mempromotekn 2nd Architecture Seminar yg di anjurkan oleh senior² 5th year aku.. sepatutnya abg Daus [perh.. muda lg rupenye aku nie haha] soh advertise kat forum FABE tp aku pon nk promote kt blog aku yg tak seberape femes nie gak [free advertise ni] hehe.. ;p


Memandangkan lepas nie aku pon kne buat seminar mcm nie time 5th year nnt,so bley la aku belajar serba sedikit mcm mane nk handle seminar ni. Agak complicated jugak la. Nak kena cari speaker [bukan speaker radio] utk buat talk, sponsor lagi...adehh...leceh btol tp nak buat seminar ni, tp nak tak nk kene buat jgk lps nie... Semua bdk2 digree archi di wajibkn hadir kerana dorg pon kena buat mcm ni jgk.. bayaran hanya rm20, makan minum disediakan.






Semua org dijemput hadir ke seminar ni tak kira student ke architect ke makcik² pakcik² di alu²kan. Kehadiran anda amat kami hargai, sebarang pertanyaan sila hubungi balai polis yg terdekat..[melawak seketika haha..]opss... silap², sila hubungi Henry or Firdaus yg tertera di registration form di atas..

*Daus, tak payah susah² KFC or mcD, belanje lunch kt kiosk pon jadi la hehehe... ;p

Thursday, March 12, 2009

Promo


Promotion yang telah di siapkan oleh shapik amat memberangsangkan even dia handle dlm exhibition... thanx Q shapik atas daya usaha anda membuat poster & official forum [ http://fabe.forumcircle.com ] utk kegunaan FABE & Workshop akan datang ni.



Booth registration telah pon dibuka bermula hari ini sehingga 31 march nie.. Sambutan agak mengalakkan atas kerjasama lecturer yg mempromote kat student² dorg...Hopefully event ini berjalan seperti yg dirancang...

aminnn... =)

Nota kaki:
FABE: Faculty of Architecture and Built Environment
Forum: http://fabe.forumcircle.com