Showing posts with label funny. Show all posts
Showing posts with label funny. Show all posts

Friday, August 7, 2009

Mencari Calon Menantu


hahahahahaha.... gelak puas² dulu.... memang tak bley blaa la advertisement ni.. tak pernah lagi aku tengok lagi la advertisement mencari calon menantu macam ni.. siap letakkan ciri² wanita pilihan lagi tu.. nasib baik la laki tu doktor tapi macam tak logik la pulak, tak kan la tak ada sorang pon calon kat hospital N9 tu bukan cleaner tapi doktor tu... isk...isk..isk...

Ni betol² dah desperate nak kawen tapi tak ade calon lagi.. takpe² kepada gadis² di luar sana yang ada criteria² di atas tu sila la hubungi no. yang tertera di atas [sms tak dilayan] hahahaha...

Yang menjadi tanda tanya siapakah yang desperate... mak @ anak lelaki?? ;p

*Maklumat dan identiti anda adalah dirahsiakan [mcm nk pinjam duit kat ahlong la plak] hahaha.. =))

Friday, June 26, 2009

SEX tu apa?


Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya, 'Daddy, daddy.... sex tu apa, daddy..?'

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak- anak yang masih kecil.. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga,telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan. 'Eh kenapa ni?' Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis. 'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis.... .

SCROLL DOWN....







































NAME : ............ ......... ......... ....
SCHOOL : ............ . ........... ......... ...
CLASS : ............ ......... ......... .....
SEX :........... . ......... ........ ....

Thursday, June 11, 2009

Lawak TV3


Lawak bodo, memang sengal la siapa edit berita tv3 ni... pecah perot aku bantai gelak tgk video ni hahaha... so enjoy la menonton video nie. Tak nak la cerita banyak, u'll tonton la sepuas2nya... hehehe..

*p/s: Video ni tak ada kene mengena dengan sesiapa pon, sama ada yang hidup atau pon yg telah meninggal dunia. Kalau ada yang terasa atau tersinggung harap di maafkan yea.. sebab bukan aku yg edit video nie just nak sharing dengan u'll je video2 lawak ni... ;p