Showing posts with label kata-kata hikmah. Show all posts
Showing posts with label kata-kata hikmah. Show all posts

Friday, January 29, 2010

Try to be accepted

Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

Saturday, May 2, 2009

Belajar dengan Belajar

Orang yang bersalah tapi menyedari 
Adalah lebih baik daripada 
Orang yang merasa dirinya selalu benar

menggagalkan perbuatan baik kerana takut riak
Adalah riak terhadap diri sendiri 
Maka lakukanlah kebaikan dan janganlah riak

Merasa diri suci adalah kekotoran
Merasa diri pintar adalah kebodohan
Merasa diri bodoh bererti harus belajar

Merasa diri hebat adalah kelemahan 
Merasa tak punya dosa adalah kesalahan
Merasa diri banyak salah bererti harus bertaubat

Semakin bertambah usia
Semakin bertambah pula ilmu dan pengetahuan
Tapi mengapa dosa dan kesalahan juga ikut bertambah ??

Mempelajari sesuatu....
Adalah berlatih untuk belajar
Dan mengajarkannya...
Adalah belajar yang sesungguhnya

Kalau ada orang bodoh tetapi sombong
Itu wajar dan bisa dimengertikan
Tetapi kalau ada orang pintar yang sombong 
Kepintarannya patut dipertanyakan.

*renung-renungkan dan selamat beramah... =)

Tuesday, February 17, 2009

Cinta




1. Cinta itu biarlah berpatutan kerana suatu hari nanti kamu akan benci.

2. Cinta sesama manusia jika dilaksanakan dengan betul, ia dianggap ibadah.

3. Cinta antara lelaki dan wanita jika ikhlas dan tidak sampai menggadaikan nilai-nilai akhlak yang lain, ia adalah naluri biasa yang dibenarkan.

4. Cinta kepada TUHAN pengabdian, cinta kepada KELUARGA kemestian, cinta kepada KEKASIH keperluan.

5. Cintailah semua orang tetapi percayailah sedikit orang sahaja.

6. Ingatlah bahawa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya, tapi ketika cinta itu mati, kamu tidak perlu mati bersamanya, orang terkuat bukanlah mereka yang selalu menang, tetapi mereka yang tetap mampu bangun setelah mereka jatuh.

7. Memburu cinta memang baik tapi cinta yang datang tanpa diburu adalah lebih baik.