Showing posts with label song for u. Show all posts
Showing posts with label song for u. Show all posts

Thursday, May 14, 2009

[Mati Hidup Kembali]


Jalan raya terlampau sunyi
untuk ku terus bermimpi
mataku belum mengantuk lagi
bawa ke mana sahaja aku pergi


Tunjukkan ku bulan gerhana
tiada siapa nak ku jumpa
benda yang tiada ku sangka ada
oh tak mengapa tidak mengapa


Malam semalam gundah gulana
hari ini hari mulia
tak pernah daku rasa begini
seperti mati hidup kembali
bawa ku hilang dari ingatan
hari ini sehingga esok
tak pernah daku rasa begini
seperti mati hidup kembali


Angkasa penuh dengan berlian
ku capai sebelah tangan
sebalik awan ada cahaya
bercahaya selamanya


Daku tertawa seorang diri
darah yang mengalir terhenti
fikiran ku melayang-layang
tiada siapa yang perasan


Seperti mati hidup kembali