Wednesday, January 14, 2009

Sesuatu yg kita tak perasan @ terfikir...


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi kita dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi kita dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci kita adalah kerana dia ingin menjadi seperti kita.

4. Senyuman daripada kita boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai kita.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati kita sebelum dia tidur.

6. Kita amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana kita,seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. kita seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang kita tidak ketahui menyayangi kita.

10. Apabila kita membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya kita merasakan kita dipinggirkan, fikirkan semula, mungkin kita yang meminggirkan mereka.

12. Apabila kita terfikir kita tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang kita ingini,mungkin kita tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya kita percaya pada diri sendiri lambat laun kita akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang kita terima. Lupakan segala maki hamun, caci, umpat @ cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan kita; kita akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya kita mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainya,sehari­­ untuk teman tetap paling setia.walaupn punya harta yang banyak,teman tetap paling berharga.

1 comment: