Tuesday, March 31, 2009

All Thing are Possible

When someone tell you that you can't do something...


Look around...


Consider all options...


Than GO for it!


Use all the things God gave you..


Be creative!


In the end, you will succeed and prove than wrong!



*Always remember, nothing is impossible, if your heart is willing...

Sunday, March 29, 2009

Jam Bumi


Tanggal 28 March 2009, seluruh malaya menyokong earth hour... [ skema btol ayat hehe..] ahh... mostly rakyat m'sia nie tak support earth hour... agak kiciwa la aku as a malaysian.. aku punye la excited aku switch off lampu umah bergelap, jiran2 sebelah terang menerang bersoronok... umah dh gelap so better aku decide lepak kt melawati hill menghirup udara yg agak segar [segar la sgt] sambil menghayati view kl yg bergelap [ klcc & kl tower je yg gelap]...



Sampai je kat puncak bukit melawati 2 berderet kete park tepi jalan semata2 nk tgk view kl... pada aku tak de la nice sgt view kl kat melawati hill tu biase je sbb salu lalu jalan tu hehehe... melayankn bdk2 nie kat umah sibuk ajak klua aku pon tanpa berlengah lg dengan pyjama selamber je klua.. lantak la ape org nak kate hehehe...




Time lepak ada la sorg brother nie park moto depan kete kteorg dengan segeranye die kluakn camera...bapak beso camera bro tu... tgk gaya mcm photographer pro... dengan ramahnya aku borak2 la ngn bro tu... biler dia ckp die sorg photo blogger tanpa segan silu aku mintak la web site.. die pon klua la BlackBerry mcm tak pecaye plak org yg sempoi2 dgn suar pendek naik moto pakai handpon segempak gitu.. jarang org2 biase nie pakai BlackBerry melainkn golongn2 koprat je hohoho... time tu jgk die send pic & link blog via email... thnx abg Erman for ur sharing photo...


Dah sejam rupenye aku lepak tggu klcc switch on balik lampu...akhirnye suasana KL kembali terang dengan cahaya2 lampu skyscrapers yg menerangi awanan... Dengan itu berakhir lah kempen memadam lampu Earth Hour...

cheers!

Tuesday, March 24, 2009

Study vs Part Time Jobs

Kerja oh kerja.. bila sebut pasal kerja nie mcm2 kerja yg kte leh buat. Aku rasa sem ni la paling byk aku penah wat part time jobs and freelance. Demi menampung kehidupan di tengah ibu kota sebagai perantauan. Aku keje nie pon bukan la dah papa kerdana sgt tp bg aku experience tu yg paling penting. Lagi byk kerja lg byk la experience + extra income. =)




1st job yg aku penah buat time Anugerah Juara Lagu AJL kat Stadium Bukit Jalil, aku keje sebagai Crew MyTv3. Time tu mcm2 la karenah rakyat2 M'sia ni, nk tak nk layankn jela.. Artis tak payah cite la, konfom jumpe la.. Artis pujaan hatiku Heliza pon terserempak.. perhh..so sweet orgnyer, jatuh cinta lagi..lagi² ku jatuh cinta..[lirik lagu daa..]hehe.. penat wat keje ni dari petang smpai ke midnite tp memuaskn hati maklum la dpt pass masuk utk VIP. Gadis² tak payah cite la ank² dato tp memandangkn aku tak de rupa sgt so lupekn la niat nk menggatal tu hehehe..



2nd job plak aku buat freelance. project nie kecik je just design umah kt area Kelantan. Keje nie tak de la teruk sgt tp byk memerah kepala otak la nak designing rumah tu. Bukan 1 type tp 3 type houses. Die bg tau client nk buat umah itcost rm100k so kene la design yg kene dgn bujet tu. Thnx to bella yg baik ati bg project time ketiadaan studio design lg hehehe...if sesiape yg ade keje or project² leh la sub kat aku yea.Available in drawing Autocad and 3D [promote jap hehe..] tertakluk pada masa² yang ada.. ;p



last but not list, aku keje part time kat kolej aku sdiri kat department Marketing. Baru je start nie. keje nie pon tak la berat sgt. Buat offer letter, lipat² offer letter sambil² melayari internet [selingan je] hehehe.. 1st day agak kekok la buat keje dengan environment office. Dah la 1st day kene introduce diri ni kat smua stuff office agak segan² gak la tp dh lama skit keje kat situ, rasa best jugak dpt kenal ngn stuff² yg ramah lg friendly.



Keje² kat atas tu semua yg ade income, blum lg keje² lain yg tak de income. Assignment + studio design lg..beberape hari lps baru pegi site visit adea² damansara je malas nak cari jauh² dah kesuntukan masa..Nak handle ArchiWorkshop lg.. Lepas nie byk abiskn masa depan drawing jela nampaknyer..nk update blog pon dah jarang....ada isue ade la entry baru hohoho..

Stop thinking, Start doing.. =)

cheers!

Wednesday, March 18, 2009

1st Studio Design 6




Semalam 1st studio utk sem ni. Terlalu lama aku menunggu selama 9 minggu ketiadaan studio master.Sebelum ni ada studio master tp masuk je 2nd week boleh la pulak resign. Macam² aku denga kabar angin sbb ape dia resign. Ada yg ckp kena fired la student tak suka la, lari la tp yg aku pecaya dia benti sebab nak sambung Part 2 nak amik AR. [tak baik bersangka buruk ;p]. Dan akhirnya kemunculan Ar. Mohd Hayazi Agusi as Studio Master design 6 kami. Member² aku penah bgtau Sir. Hayazi ni agak pedas comment or crit dia, tp aku pon tak nak comment apa² pasal dia. So far aku tau & kenal sir ni, Status still membujang, Hensem, Berketrampilan, Maskulin [promote jp haha..] tp.... mmg loya buruk slamber je [opss..terkomen la plak] hehehe...



Dan tinggal 10 weeks je utk design sem ni. Tak tau la sempat ke tak nie. Hopefully sempat la.. Lepas dapat Work Schedule aku belek², pack gak time table aku sem ni, dah la lambat start design. 3 kali crit selang 2minggu than Final Submission & Presentation. Dah la sem ni kena buat Housing, site pon tak cari lagi. Memandangkan kesuntukan masa so ikot suara ramai decide area² KL. Planning mmg nak amik site jauh² tp lupakn la niat tu huhuhu...



Dah la studio petang. Time² mcmni la klopak mata ni berat je + plak dalam suhu bilik 16'c terkebil² mata. Member² lain kecoh² dan aku agak blur² dengan dunia aku huhu... Tup².. sir tegur aku "sentimental betol blog awk tu ejud". Tersentak aku dengan kata² sir tu. Daripada mode ngantok trus bertukar mode segar + terkejut. Tak sangka sir. pon melawat blog aku ni [skemanya ayat hehe]. Aku pon tak tau la dr mana sir tau blog aku nie. Hohoho...


*p/s: kepada sir. Ar. Mohd Hayazi Agusi, rajin²lah singgah di blog ni dan tak perlu la segan² nak comment latest entries yea hehehe ;p.

Tuesday, March 17, 2009

[Tentang Kita]


Waktu terasa semakin berlalu, Tinggalkan cerita tentang kita, Akan tiada lagi kini tawamu, Untuk hapuskan semua sepi di hati, Ada cerita tentang aku dan dia, Dan kita bersama saat dulu kala, Ada cerita tentang masa yang indah, saat kita berduka, saat kita tertawa, Teringat di saat kita tertawa bersama, Ceritakan semua tentang kita...

Monday, March 16, 2009

Seminar

Rutin harian berjalan seperti biasa. Bukak booth utk promotion & registration ArchiWorkshop. Sambil² mempromote ArchiWorkshop nie aku pon turut mempromotekn 2nd Architecture Seminar yg di anjurkan oleh senior² 5th year aku.. sepatutnya abg Daus [perh.. muda lg rupenye aku nie haha] soh advertise kat forum FABE tp aku pon nk promote kt blog aku yg tak seberape femes nie gak [free advertise ni] hehe.. ;p


Memandangkan lepas nie aku pon kne buat seminar mcm nie time 5th year nnt,so bley la aku belajar serba sedikit mcm mane nk handle seminar ni. Agak complicated jugak la. Nak kena cari speaker [bukan speaker radio] utk buat talk, sponsor lagi...adehh...leceh btol tp nak buat seminar ni, tp nak tak nk kene buat jgk lps nie... Semua bdk2 digree archi di wajibkn hadir kerana dorg pon kena buat mcm ni jgk.. bayaran hanya rm20, makan minum disediakan.






Semua org dijemput hadir ke seminar ni tak kira student ke architect ke makcik² pakcik² di alu²kan. Kehadiran anda amat kami hargai, sebarang pertanyaan sila hubungi balai polis yg terdekat..[melawak seketika haha..]opss... silap², sila hubungi Henry or Firdaus yg tertera di registration form di atas..

*Daus, tak payah susah² KFC or mcD, belanje lunch kt kiosk pon jadi la hehehe... ;p

Saturday, March 14, 2009

RANGKA MANUSIA BERSAIZ LUAR BIASA‏

INILAH ANTARA TANDA-TANDA KEBESARAN ALLAH YANG ORANG KAFIR SANGKAL. TELAH TERBUKTI KISAH NABI-NABI DAHULU PANJANG UMUR DAN BERSAIZ BESAR. NAMUN MEREKA MENCIPTA BERBAGAI2 DALIL UNTUK MENIDAKKAN KEBENARAN ISLAM.




GAMBAR YG SAMA JUGA PERNAH DI AMBIL MENGGUNAKAN SATELIT RANGKA MANUSIA BERSAIZ BESAR YG DI PAGAR SEKELILINGNYA DAN TIDAK DI SEBARKAN KERANA PERKARA INI HANYA MENGUNTUNGKAN UMAT ISLAM..


Thursday, March 12, 2009

Promo


Promotion yang telah di siapkan oleh shapik amat memberangsangkan even dia handle dlm exhibition... thanx Q shapik atas daya usaha anda membuat poster & official forum [ http://fabe.forumcircle.com ] utk kegunaan FABE & Workshop akan datang ni.



Booth registration telah pon dibuka bermula hari ini sehingga 31 march nie.. Sambutan agak mengalakkan atas kerjasama lecturer yg mempromote kat student² dorg...Hopefully event ini berjalan seperti yg dirancang...

aminnn... =)

Nota kaki:
FABE: Faculty of Architecture and Built Environment
Forum: http://fabe.forumcircle.com

Bila Kita Berjalan Kaki..



Bila kita jalan kaki, kita rasa alangkah bestnya kalau ada basikal. Takde la lenguh tapak kaki menapak tetiap hari.


Bila kita dah ada basikal, kita rasa lenguh la plak kepala lutut mengayuh. Lepas tu tak buleh nak pecut laju² macam mat rempit naik motor!



Bila kita dah ada motor dan merempit sana sini tetiap hari, kita pon rasa kulit kita terasa panas. Kena musim hujan pulak tu terpaksa lepak bawah jembatan, sesilap haribulan ada lori kurang hajar rempuh. Nak redah hujan takut kena petir atau mungkit kena simbah air lopak yang kereta langgar.



Bila kita ada kereta mewah menjalar, kita berlagak macam orang hilang ingatan. Lepas tu ke hulu ke hilir naik kereta. Nak pegi kedai dua tiga langkah pon bawak kereta. Dan apabila tiba masa insurans mati, bila time nak servis kereta tu, time tayar pancit, time kene calar dgn budak², maka kita pun...



Baru sedar bahawa JALAN KAKI LAGI BEST!. Keluar peluh tahap bersenam, jimat belanja, tak fikir nak bayar bulanan, minyak dan sebagainya..



*MANUSIA tak pernah puas dan dapat dipuaskan. Ada je yang dia tak puas hati. Nak itu nak ini... dah dapat itu nak ini, dapat ini nak itu la pulak! Ntahlah.. Layankan jer! Zass....

Saturday, March 7, 2009

Benarkah cinta menyakitkan?


Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.

Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa..

[Cinta Oh Cinta]


yea... cinta pada bunga, bunga akan layu
cinta pada Allah.
cinta abadi selama-lamanya......
cinta datang dan pergi....
hawa dijadikan untuk adam
begitulah sebaliknya,
lumrah alam,
kita dijadikan untuk berpasang-pasangan,
ada apa dengan cinta?
kata orang.
cinta itu buta?
iyakah......??
cinta yang buta atau
orang yang bercinta itu buta......
entahlah.
aku pun tidak tahu...
bercelaru memikirkan cinta.
cinta oh cinta!
kau datang dan pergi......
pergi utk selama-lamanya.

Friday, March 6, 2009

Warkah Terakhir Untukmu

video

Jika kamu sayang...



Jika memancing ikan..setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.


Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya....janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa meninggalkannya... Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....



Renung-renungkan dan selamat beramah..


Thursday, March 5, 2009

Warkah dari German

video

Tag 4: [10 pekara tentang..]

Ini 10 perkara tentang orang yang tag aku...

  1. Nama dia Izyana bte Mohd Adnan
  2. Anak sulung daripada 5 orang adik beradik.
  3. Umur 22 pada 21 Januari yang lepas.
  4. still study kt UiTM K.B in BBA Hons -Marketing
  5. Suka huruf B for Blue [colour], Butterfly, Blueberry Cheese Cake, Bugs, Beauty n the Beast [movie], Bigbird [cartoon bird sesame's street].
  6. Suka segala product yang berasaskan dari kiwi.
  7. Friendly, sweet dan berketerampilan.
  8. Tahun depan grad lg skali utk Digree.
  9. Tak suka berjauhan.
  10. klantanese [ketandusan idea] ;p

Ini pulak 10 perkara tentang diri aku sendiri...

  1. Atas kata sepakat parents aku, name kan aku Izzuddin bin Mohd Laziz
  2. Anak 2nd dari 6org siblings.
  3. Umur 23 pada 29 September akan datang.
  4. Still study in Bachelor of Architecture (Hons) 3rd years.
  5. Suka travel. Teringin nk travel 1dunia XP
  6. SINGLE. [searching..................] ;p
  7. Left handed.
  8. Tak suka membaca tp suka sketching & drafting [skrg dh moden smua computerize]
  9. Johorian dan menetap di Damansara.
  10. Pakai baju saiz M, kasut saiz 8. Tak kisah pon dressing mcm mane pon janji simple [ketandusan idea lg] ;p
So terjawab sudah tag ni. Tak tau la nk tag kt sape, tag la kt follower yg berape kerat tu hehe...