Friday, October 16, 2009

Siapa Lebih Membosankan?‏


Bilangan perempuan dikatakan lebih ramai berbanding lelaki. Tidak hairan, kini lelaki mempunyai banyak pilihan jika mencari pasangan. Barangkali kerana itu lelaki selalu 'pasang' lebih daripada seorang teman wanita atau isteri.

Teori demand and supply menjelaskan segalanya.

Bagaimanapun, seperti lelaki, perempuan mempunyai 'taste' tersendiri. Masakan mereka memilih teman lelaki atau suami secara semberono.

"Dia kacak tetapi membosankan," antara kenyataan mereka.

'Bosan', perkataan membawa maksud subjektif.

Mungkin perempuan boleh menjelaskan maksud perkataan itu mengikut pengertian mereka jika dihubungkaitkan dengan lelaki. Lelaki pula mungkin jarang menyedari sikap dan tingkah laku mereka membosankan perempuan. Maklumlah, keegoan majoriti lelaki dikatakan tinggi.

Tetapi perempuan juga tidak dapat lari dari hakikat sebenar. Mereka juga mungkin membosankan pada pandangan lelaki. Justeru, lelaki mempunyai takrifan perkataan sama jika dihubungkaitkan dengan perempuan.

Kongsikan di sini, siapa lebih membosankan? Mengapa?

4 comments:

  1. motif bosan dikaitkan dengan gender?hahaha

    ReplyDelete
  2. bosan di mulut jak selalunya..

    aku suka post ni,mengupas isu lelaki....;p

    ReplyDelete
  3. erm...tgk pada pasangan tu jugak...kerekter lelaki mcm mana..pompuan mcm mana.tp dari segi individu pulak..kebanyakan lelaki dikatakan bosan kerana sikapnya yg munkin terlalu tegas..sirius dlm bercerita ataupown dlm membuat keputusan.begitu juga dgn perempuan,sikap yg kadang2 terlalu nk menjaga ayu..menjaga stndrt(kononnya)ataupown terlalu berahsia(x open mind).oleh yg demikian lelaki yg agak kelakar perangainya @ perempuan yg begitu menjadi pilihan dan tidak dikategorikan sebagai BOSAN.itu je...so pompuan2 jgn mare eh.im single kikikikikiki

    ReplyDelete
  4. Hmmmm...
    Bagi sy, x semua lelaki dan perempuan tu membosankan.
    Sometime, lelaki jd llaki yg mmbosan kan disebabkan perempuan tu sendiri..
    begitu juga sebalik nye.
    Simplify word, dua-dua membosankan menyebabkan masing-masing mengatakan pasangan masing-masing membosankan..

    so, kene tengok pade diri sendiri dulu sebelum mengatakan pasangan anda itu membosankan atau tak.

    Adakah dia membosankan sebab die bosan dengan kita yang membosankan?
    Fikir-fikirkan lah...

    ReplyDelete