Sunday, March 7, 2010

Malang tak berbau


Malang tak berbau.. Nak di jadikan cerita malam semalam lepas keluar dinner telipon ku berdering message masuk.. aku lupa ada deal with someone janji nak jumpa pukul11 @ Dataran Merdeka tapi memandangkan sangat busy so change the venue..

Dengan kadar segera aku mula start motor, time tu ada lagi 15minit.. dalam hati aku sempat ke nak jumpa dengan jalan jam biasa la malam sabtu.. Biasa la dah nama KL [Kesesakkan Lalulintas] hehe..

jalan altenatif nak ke Dataran tu aku masuk Highway AKLEH..tah apa yang aku pikir time riding tu sampai salah keluar exit.. Nasib baik la naik motor boleh cilok² dengan sopannya ketika di dalam traffic yg agak jam.. sampai je di bulatan Pahang dengan tak ada signal motor aku buat hal pulak..

Tayar belakang automatically lock than apa lagi drift ada la dalam 4-5meter. Nasib baik la under control dapat berhenti dengan terlanggarnya divider jalan. Skali tengok rantai dah stuck dalam engin daa.. Dengan sedaya upaya aku menolak sampai stesen Monorail Titiwangsa.. And lastly jumpa jumpa brother tu kat situ je..

Bab² motor ni aku tak la expert sangat, tapi dah emergency terpaksa la repair skit² mana yang aku tau jela.. Keluarkan rantai yang tersangkut dalam enjin tu je.. tapi tangan memang hitam bermain dengan minyak je.. Mulanya nak je tinggalkan motor tu kat bawah stesen monorail tu tapi pikir² motor Yamaha LC135 aku tu dah la panas, dah banyak kes kehilangan @ kecurian..

So aku decide menolak jela sampai rumah.. malam tu traffic flow dah tak berapa nak busy tak de la susah aku nak tolak motor tu.. dah separuh jalan cousinku datang naik kereta tak silap dah sampai jalan Semarak..

Sampai² rumah je memag semput giler.. kepala dah tingtong perut yang kenyang mula nak terkeluar balik.. rasa nak muntah pon ada..Sampai dalam pukul 3 pagi..Minum air sikit hilangkan dahaga than terus landing tak sempat nak salin baju yang kotor dengaan minyak²..

Bangun pagi tu tangan kanan rasa kejang² maybe kesan dari jatuh kot time terlanggar divider tu.. sapu minyak angis sikit ok la kot lepas ni.. hopefully lepas ni cepat la sembuh.. patah kaki la lepas ni motor dah rosak.. dugaan²...

Friday, March 5, 2010

Chores


Bila kerja² berlambak tak siap mula la kelam kabut dibuatnya. Time tu la segala sakit datang tanpa diundang.. maigrain la sakit pinggang la nasib baik tak ada senggugut.. bertuah aku di jadikan sebagai kaum adam yang terkecuali dari serangan senggugut bila sampai pada waktunya hehe..

Sebagai kebiasaan hidangan yang selalu ada di sisi ni milo tak pon nescafe 2 in 1 [ double per cup] confirm lepas kena mata memang terbuka luas penganti tongkat ali super power memang power betul tongkat ali tu sampai terbawa² ke toilet hehehe..

For me, music must be dimainkan ketika buat kerja-kerja designing, rendering and editing. Music ni jela yang entertain aku time² busy buat kerja. Lagu² yang menjadi pilihan bercampur aduk sebab aku ni universal semua layan depend on mood jugak. Kadang² datang mood islamic tu semalaman pasang ceramah & motivasi Dr.Fadzilah Kamsah. Suka sangat dengan kata² dia.. Dari situ la aku selalu munasabah diri sendiri =)

As a student archi, malam jela paling sesuai nak buat kerja..Aku pon tak tau la kenapa aku suka buat kerja malam je pagi ke petang ke memang liat nak buat kerja mood tu tak ada kecuali dok buat kerja kat studio jela.. Di sebabkan suka buat kerja malam la selalunya stay up lagi² bila dah dekat akhir² semester.. Time tu la nak buat model, design nak kena detail kan nak compose presentation board tambah² lagi final exam nak kena study lagi adehhh... boleh pecah kepala otak ni di buatnya..

Esok ada board meeting kat kolej, thank to Hanis [my secretary] yang banyak membantu dan melancarkan segala kerja² surat menyurat, minute meeting and all thing sampai la ke announce kat semua biro² lain..Sabtu ni ada lagi meeting kat ukm.. baru nak concentrate dengan design ada pulak meeting... apakan daya attend jela..

Opss.. terlebih sudaaa.. syok sangat menaip sampai terlupe semua kerja² dah terbazir waktu kerjaku spend dengan blogging ni, pagi ni kena bangkit awal meeting pagi jangan la terlajak tido pulak.. make sure alarm kena keliling telinga hehe.. ok lah beta beradu dulu yea..

cheer!!

Tuesday, March 2, 2010

planning 2010


Orang cakap aku ni jiwang?? yekee.. not at all.. jiwang sikit2 ada la tu pon tengok mood.. aku pon malas nak jiwang2 lagi lps ni [hopefully]... banyak lagi komitmen yang aku perlu carry.. dengan studio design, assigmnt bersepah2 dengan ukm nyer lagi.. weekend ni ada board meeting pulak kat ukm baru plan nak bersukan paint ball so terpaksa la pospon lagi..

Asik2 kerja.. kerja.. kerja... bila la plan travelling aku ni nak berjalan..plan nya banyak kesana kesini.. tapi semuanya tak kena dengan masanya..quite busy till end of june than lepas tu insyaALLAH plan travelling berjalan dengan lancar..

Travelling depend on pocket size.. agak2 pocket ni besar boleh la abroad jauh2 skit.. kalau pocket ni asik bocor je nampaknya cuti2 malaysia jela.. hehe.. Terasa nak buat solo travelling la tapi belom cukup confident nak bergerak lone ranger..

Aku suka sangat travelling ni pantang ada cuti ada je berjalan hihi..dah hobby nak buat macam mana jalan jela..spending pon kena lebih sikit tapi aku tak kisah pon janji kepuasan tu.. Bak kata orang2 tua jauh perjalan luas pemandangan.. =)

Bali, Jagja, Koh Samui, antara destinasi abroad yang tersenarai dalam calender percutian tahunan 2010 ni.. yang local lagi banyak tp antara top 5 Langkawi, Pulau Sipadan, Pulau Redang, Taman Negara Endau rompin & Royal Belum Rainforest..

Itu semua just planning je dulu, perginya tak tau lagu bila.. nak cari member2 dalam 3-4 orang untuk setup join travelling ni.. for sure orang2 tu mesti la easy going tak cerewet.. itu tak boleh la ini tak boleh la..

Kepada sesiapa yang berminat nak join sila hubungi talian bebas tol 1800 80 6644 tekan2 tak dapat hehe.. ;p [kidding]

Cheer!!

Monday, March 1, 2010

menyesal

Semula ku tak yakin kau lakukan ini padaku meski dihati merasa kau berubah saat mengenali dia bila cinta tak lagi untukku bila hati tak lagi padaku mengapa harus dia yang merebut dirimu bila cinta tak baik untukmu dan bila dia bahagia dirimu aku akan pergi meski hati tak akan rela terkadang ku menyesal mengapa ku kenalkan dia padamu...