Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

Friday, January 14, 2011

Doa untuk Kekasih



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.

Sunday, December 12, 2010

wish list


Semua orang rasanya ada planning tersendiri. Dan aku ada wish list yang aku dah planning dari dulu lagi. Tak kisah la planning tu untuk diri aku, future aku or family aku. Dan aku ada berkerja dengan 1 company IML Resources, dari situ la aku dah buat wish list. Dengan apa profit yang aku dapat dari IML, aku nak sharing dengan orang terdekat dengan aku especially family aku. Ada rezeki sikit ni nak share, insyaALLAH di murahkan rezeki.

But lately, aku rasa half of my wish list has gone.. dalam sekelip mata je semua ni hilang. Tapi semua ni mungkin ada hikmahnya. Aku tak nak fikir yang negative karang macam² benda yang buruk hinggap dalam kepala otak ni di tambah pulak hasyutan syaitan ni kat mana² ada.

Actually ‘wish lists’ ni sentiasa aku akan bawa kemana². I mean even hanya diatas sehelai kertas yang dilipat² simpan di dalam wallet. Kertas pon dah nak separuh hancur tapi aku akan salin balik kat atas kertas baru untuk mengantikan wish list yang nak hancur tu. Rasanya dah 2-3 kali kot aku replace wish list tu kat atas kertas baru.

Aku pon bukannya idamkan kereta sport, hidup mewah dalam masa terdekat ni, tapi ada 2 benda je aku nak tunaikan dari dulu lagi, nak berjasa pada mak ayah aku. Mama penah cita kat aku, dia teringin sangat nak pegi langkawi, aku rasa orang² tua nak pergi sana sebab nak beli pinggan mangkuk je kot sambil² holiday. Tapi aku nak bawa jauh sikit, pegi bercuti kat bandung @ Jakarta. Kat sana pon surga membeli belah, murah² pulak tu. Sekarang pon tiket Air Asia pon dah murah, pergi balik pon tak la sampai seribu pon.

Dan benda yang kedua aku nak tunaikan dulu, aku nak belikan dapur gas. Nak gantikan dapur yang dah rosak kat rumah tu. Kesian pulak aku tengok mama masak kat tungku yang rosak tu dengan api kecik, nak panaskan minyak pon berjam². Maybe pada dia tak kisah sangat kot sebab dia dah pernah rasa susah time dulu² tapi aku kesian dengan keadaan macam tu.

Since aku dah tak ada dalam IML lagi aku harap aku akan tetap akan mencari inisiatif lain untuk aku tunaikan ‘nazar’ aku kat parent aku ni sementara diaorang masih hidup di muka bumi Allah ni. Maybe rezeki aku kat IML tu sampai sini je. Wish all the best for IML Resources. =)

Hadapi semua dengan senyuman. =)

Cheers!

Friday, March 5, 2010

Chores


Bila kerja² berlambak tak siap mula la kelam kabut dibuatnya. Time tu la segala sakit datang tanpa diundang.. maigrain la sakit pinggang la nasib baik tak ada senggugut.. bertuah aku di jadikan sebagai kaum adam yang terkecuali dari serangan senggugut bila sampai pada waktunya hehe..

Sebagai kebiasaan hidangan yang selalu ada di sisi ni milo tak pon nescafe 2 in 1 [ double per cup] confirm lepas kena mata memang terbuka luas penganti tongkat ali super power memang power betul tongkat ali tu sampai terbawa² ke toilet hehehe..

For me, music must be dimainkan ketika buat kerja-kerja designing, rendering and editing. Music ni jela yang entertain aku time² busy buat kerja. Lagu² yang menjadi pilihan bercampur aduk sebab aku ni universal semua layan depend on mood jugak. Kadang² datang mood islamic tu semalaman pasang ceramah & motivasi Dr.Fadzilah Kamsah. Suka sangat dengan kata² dia.. Dari situ la aku selalu munasabah diri sendiri =)

As a student archi, malam jela paling sesuai nak buat kerja..Aku pon tak tau la kenapa aku suka buat kerja malam je pagi ke petang ke memang liat nak buat kerja mood tu tak ada kecuali dok buat kerja kat studio jela.. Di sebabkan suka buat kerja malam la selalunya stay up lagi² bila dah dekat akhir² semester.. Time tu la nak buat model, design nak kena detail kan nak compose presentation board tambah² lagi final exam nak kena study lagi adehhh... boleh pecah kepala otak ni di buatnya..

Esok ada board meeting kat kolej, thank to Hanis [my secretary] yang banyak membantu dan melancarkan segala kerja² surat menyurat, minute meeting and all thing sampai la ke announce kat semua biro² lain..Sabtu ni ada lagi meeting kat ukm.. baru nak concentrate dengan design ada pulak meeting... apakan daya attend jela..

Opss.. terlebih sudaaa.. syok sangat menaip sampai terlupe semua kerja² dah terbazir waktu kerjaku spend dengan blogging ni, pagi ni kena bangkit awal meeting pagi jangan la terlajak tido pulak.. make sure alarm kena keliling telinga hehe.. ok lah beta beradu dulu yea..

cheer!!

Thursday, February 18, 2010

hambaMU yang kerdil

Kalau aku menangis hari ini..
Bermakna dalam kesedihan..
Telah jatuh air mata di lautan diri..
Aku tahu waktu itu...
Aku hanya hamba kepadaNYA..
Terlalu kerdil di dunia fana ini
Dan keranaNYA hari ini..
Aku cuba kembali tenang melihat
Segala kekusutan diri..
Dan pengalaman hidup,
Memberi aku kekuatan untuk terus berdiri sebagai hambaNYA..