Thursday, March 12, 2009

Bila Kita Berjalan Kaki..



Bila kita jalan kaki, kita rasa alangkah bestnya kalau ada basikal. Takde la lenguh tapak kaki menapak tetiap hari.


Bila kita dah ada basikal, kita rasa lenguh la plak kepala lutut mengayuh. Lepas tu tak buleh nak pecut laju² macam mat rempit naik motor!



Bila kita dah ada motor dan merempit sana sini tetiap hari, kita pon rasa kulit kita terasa panas. Kena musim hujan pulak tu terpaksa lepak bawah jembatan, sesilap haribulan ada lori kurang hajar rempuh. Nak redah hujan takut kena petir atau mungkit kena simbah air lopak yang kereta langgar.



Bila kita ada kereta mewah menjalar, kita berlagak macam orang hilang ingatan. Lepas tu ke hulu ke hilir naik kereta. Nak pegi kedai dua tiga langkah pon bawak kereta. Dan apabila tiba masa insurans mati, bila time nak servis kereta tu, time tayar pancit, time kene calar dgn budak², maka kita pun...



Baru sedar bahawa JALAN KAKI LAGI BEST!. Keluar peluh tahap bersenam, jimat belanja, tak fikir nak bayar bulanan, minyak dan sebagainya..



*MANUSIA tak pernah puas dan dapat dipuaskan. Ada je yang dia tak puas hati. Nak itu nak ini... dah dapat itu nak ini, dapat ini nak itu la pulak! Ntahlah.. Layankan jer! Zass....

No comments:

Post a Comment