Saturday, February 28, 2009

MASQUERADE


Hari Jumaat 27 Feb. yg ku tunggu akhirnya tiba. Malam td baru je berlangsung PAM Members' Night 2009. Nie 2nd time Dinner yg aku penah pegi. Last year buat kat Royale Bintang Hotel, Damansara. So far okla best [free smua nyer best] hehe...


PAM MEMBERS' NIGHT 2009
Theme: Masquerade
Vanue: Bangkok Connexion, Thai Fun Bistro, Ampang.
Tarikh: 27 Feb. 2009
Hari: Jumaat


Hampir² aku mis dinner td. Bley ke sesat sampai ke ulu langat gara² misinformation. Dah la bertolak lambat + jem + sesat la plak. Sepatotnyer sampai kol7:30 dan disebabkan kejadian yg tak di ingini tu sampai kol8:15. Nasib baik la makanan byk lg. Perut ni mmg aku dh reserve dr pagi utk dinner nie. Semua mknn yg terhidang kat citu aku bedal je, kalau la Calsbeg or wain halal diminum dh lama aku teguk je [tp tak berani pon] hehehe...


Theme pn Masquerade, so kene la pakai mask ala² zorro gitu hehehe... Aku igt nk dressing gempak² tp bujet plak tak cukup. Pakai je la apa yg ade, mask pon pinjam kalau nak beli kene spend rm30++. Drpd aku bli mask, baik aku renew PAM membership + lg rm7 je utk fee stahun. hehehe....


Nak disedapkan cite, b4 aku masuk bistro 2 kene register dlu and if ade bisness kad leh taruk dlm balang utk Lucky Draw tp dengan selambernyer aku letak student card [menggantikan bisness kad]. Aku pon tak sangka student card yg aku taruk 2 dicabut undi. Terkejut + gabra + excited biler naik stage amik present. Dah la aku sorg je student yg lain smua arkitek. Siap dikenekn oleh MC 2 lg "jangan lupe amik balik student card ni, kang tak dapat gi class esk". Nerves giler time 2 tp control macho je la hehehe...


Congret la kt Fairuz & kak Aishah yg telah tercalon Most Creative Attire. Even tak dpt bolot 1st place, 2nd pon jd la. Berbaloi la dapat rm200. Selesai sudah majlis, lepak² minum kat Kg. Baru kat HR Western Food [if i not mistaken]. Thanx to kak Aishah sb open table. Mmg kene open table pon sbb dh menang rm200 hehehe..



Thanx alot to kak Nik & kak Su [PAM Secretariat] sbb tolong register kn. Dah la tak renew anual fee lg tp atas bantuan kakak² PAM aku leh attend event nie hehe.. =)

Cheer!

Nota Kaki:
PAM - Pertubuhan Akitek Malaysia

Thursday, February 26, 2009

Inspiration

Ptg td baru berlangsung 2nd meeting utk pencalonan Director yg akan handle workshop coming soon nie. Dengan terkejut baboon nyer aku telah di calonkan memegang jawatan Assistant Director. Excited + nervous + blurr biler di panggil utk introduce diri. Seriously ni 1st time aku berada dlm board of Directors. Biasenye aku di calonkn utk AJK je. InsyaALLAH i'll do The best for this event. Thanx so much yg kpd Fairuz [abg senior aku] mencalonkn dan kepada semua yg telah memberi kepercayaan kpd aku utk memikul tugasan ni.

Stop thinking start doing.... =)

Wednesday, February 25, 2009

Architectura # 004: [Architects 'are sexiest']



Actually td aku tengah clearkn folder2 yg tak berkenaan lg dlm pc aku nie tibe2 aku terjumpe keratan akhbar [dlm format japg]. Agak interested gak article nie utk bacaan semua orang, bak kata housemate aku Sharing is Caring [ade kene mengena ke?] hehehe...

Tuesday, February 24, 2009

Architectura # 003: [The Blue Lagoon]


Sketches
========================================================

=========================================================




Ape yg menarik kat The Blue lagoon ni shapes building & design. Memang superb la architect yg design building nie. Sebut je Dubai, negara yg pesat membangun dengan bangunan2 yg hebat2. Tak sure project nie on construction or just illustration. If project ni jadi, boleh mengalahkan hotel 7stars Burj Al-Arab Dubai. Ada mungkin.... =)

Monday, February 23, 2009

Sepetang Di Kinokuniya


Mesti korg dh familiar dengan Bookstore Kinokuniya terletak di level 4 KLCC. Cakap jela ape yg tak ade buku kat sane. Segala jenis buku ade. Yang aku suka bookstore Kinokuniya nie, kite leh sesuka hati bukak cover plastik buku. Buku paling mahal la aku penah bukak if i not mistaken Le Corbusier Complete works yg berharga rm1654.35 [price after convert euro to RM].



Last Saturday yg membosankan tak tahu nak watpe. Nasib baik la cousin aku ajak kuar, terisi jugak hari minggu aku dgn xtvt. Planning nk tgk movie kt TGV KLCC tp smua movie dh full booked [mode: disappointed coz tak dpt tgk muvie]. Aku mula hilang hala tuju. Mata aku mula tertarik ke Kinokuniya bookstore. Tak tau la every aku masuk Kinokuniya tu je mood aku terus bertukar tenang mungkin tempat tu senyap di tambah pula dengan nice view garden & water fountain depan SuriaKLCC tu kot [mode: kembali tenang] =).


Belek punya belek, selak punya selak dah sejam masa berlalu. Syok sgt menelaah buku sampai xsedar masa cepat berlalu. Nak beli mahal giler tak berkemampuan lg so bace je la kat situ hehe... Ada 1 buku Ludwig Mies Van Der Rohe 2nd edition mmg dr dulu lg aku nk beli tp memandangkan harganya [rm4++] terlalu mahal delay la dlu. Silap2 aku dh jadi arkitek kang bru dpt beli kot hehe...

Why Only One Heart


We were given :-

Two hands - to hold.

Two legs - to walk.

Two eyes - to see.

Two ears - to listen.

But why only one heart?

Because the other was given to some one else.

For us to find......


P/S: Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat, tak guna ada hati kalau tak tahu menilai....

Friday, February 20, 2009

IBU atau PASANGAN??




Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ....Ibu
Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu
Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu

Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..
Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan .. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon ibu
Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu
Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu!!
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang² aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu


Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok ... Aku cari pasanganku
Bila sedih ... Aku cari Ibu
Bila berjaya ... Aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal ... Aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia ... aku peluk erat pasanganku
Bila berduka ... aku peluk erat ibuku

Bila nak bercuti ... Aku bawa pasanganku
Bila sibuk ... Aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pd pasanganku
Bila sambut hari ibu... Aku cuma dpt ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu........Aku ingat pasanganku
Selalu.....Ibu ingat kat aku
Bila-Bila.....Aku akan talipon pasanganku
Entah bila....Aku nak talipon ibu
Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku.

"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja. Bolehkah kau kirim wang untuk ibu? Ibu bukan nak banyak. Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"

Berderai air mata aku. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi. Bukan lima puluh ringgit. Lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-fatihah, al-fatihah, al-fatihah.

Thursday, February 19, 2009

Tayangan Unggul: EDEN LAKE


Alkisah hari ni aku baru menonton movie EDEN LAKE agak latest la jugak. Aku bukan tgk kat pawagam GSC or TGV or CINELEISURE tp tonton kat Dewan kuliah je hehehe... Pagi td aku dapat invitation dari member dak UiTM Shah Alam. Tak la mahal sangat tiket tu just RM3 je [standard la tgk kt dewan kuliah je] tambah rm3 dh leh tgk kat GSC One Utama hehehe....


Tajuk: EDEN LAKE
Venue: DK B, Tingkat 6, Fakulti
Kejuruteraan Mekanikal.
Tarikh: 18 Feb. 2009
Hari: Rabu
Masa: 8pm



Janji melayu biasa la cakap je start 8pm tp delay punya delay lastly start 8:45pm. Ada bagus jugak start lambat sbb aku pon sampai dah lewat 15 minit atas alasan jalan jem. Dah sampai nk cari parking plak problem dh full house. Nasib baik bawak kete kecik je selit jela mana² hehe... itu ini itu ini dah rugi masa 20minit.

Masuk je Dewan Kuliah je movie dh start, terlepas setengah jam tp aku dapat catch up jalan cite 2 walaupon tak dapat tgk dr awal. Honestly aku ckp, sape yg lemah semangat tgk aksi2 brutal dan cruel baik lupakan niat anda utk menonton cite nie.


Sinopsis cerita:
Ada lah sepasang couple nie pegi berkelah di Tasik Eden bertukar menjadi mimpi ngeri selepas diburu sekumpulan remaja nakal berbasikal yang tidak perikemanusiaan. Sesuka hati makcik dia je menyeksa org tikam2 hiris2 kulit dah mcm binatang dibuatnya. Cerita yang sarat dengan adigan2 ganas dan kejam. Adakah pasangan tu selamat menyelamatkan diri daripada manusia2 buas 2 sila lah menonton di pawagam berdekatan [nk cite abis tak suspen la plak nnt] hehehe....


Seriously mmg cruel cite 2 boleh di klasifikasikn movie ni 18SG. Banyak scene yg suspen, menjerit2 penonton lain [especially perempuan] la hehe... Bebanyak terima kasih kat Anith [Ladybug's bestfren] yang telah sponsor tiket kami [aku dan bard] yg berharga 3 hengget seorang je. Next time if ade event lain lg invite la kami yea hehe...

Tuesday, February 17, 2009

Cinta




1. Cinta itu biarlah berpatutan kerana suatu hari nanti kamu akan benci.

2. Cinta sesama manusia jika dilaksanakan dengan betul, ia dianggap ibadah.

3. Cinta antara lelaki dan wanita jika ikhlas dan tidak sampai menggadaikan nilai-nilai akhlak yang lain, ia adalah naluri biasa yang dibenarkan.

4. Cinta kepada TUHAN pengabdian, cinta kepada KELUARGA kemestian, cinta kepada KEKASIH keperluan.

5. Cintailah semua orang tetapi percayailah sedikit orang sahaja.

6. Ingatlah bahawa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya, tapi ketika cinta itu mati, kamu tidak perlu mati bersamanya, orang terkuat bukanlah mereka yang selalu menang, tetapi mereka yang tetap mampu bangun setelah mereka jatuh.

7. Memburu cinta memang baik tapi cinta yang datang tanpa diburu adalah lebih baik.


Open Book Test



Setiba aku di klas dlm jam 12.10 kelihatan beberapa kelibat² yg baru sampai. Aku ingatkan sudah terlambat, fuhh...selamat aku arini dah la arini ade test Building Services II. Study pon tak lg sbb aku tahu kali ni puan just buat open book test. Aku bujet open test kali nie senang, skali dia tulis soklan kat whiteboard dua soklan je tp susahnye soklan 2 mcm kene jawab 20 soklan [nk mengambarkn kesusahan soklan 2] hehehe...

Dah setengah jam masa berlalu soklan 1 pon terpinga² menjawab,nama je open book test leh bukak buku tp haprak tak de jawapan yg match. Siapa yg bawak laptop beruntung la on9 just search keyword je berjela jawapan keluar. Time is running up so aku tak boleh buang masa lg pinjam jap note research mmber sebelah [thnx Q ain, jasamu akan ku kenang] hehehe...


Seterusnya soklan no.2 dengan bangganya aku tekun menyiapkn. Nasib baiklah malam tadi aku ada wat reseach sikit dan nasib aku mmg agak baik apa yang aku wat research 2 kluar sebiji jawapan soklan no.2 . Jam tepat pukul 1.30 time mengutip jawapan. Sepatutnya lps test ada lecture sekejap memandangkn ikot suara ramai nak blk [alasan time lunch perot lapar study pon tak bley masuk] hahaha... jam 1.45 tamat lah lecture utk minggu nie....sekian... =)

Saturday, February 14, 2009

WANITA: AKAL SENIPIS RAMBUTNYA

JANGANKAN LELAKI BIASA , NABIPUN TERASA SUNYI TANPA WANITA,
TANPA MEREKA ,FIKIRAN DAN PERASAAN LELAKI AKAN RESAH,
MASIH MENCARI WALAU ADA SEGALANYA,
APA YANG TIADA DIDALAM SYURGA ? NAMUN ADAM TETAP RINDUKAN HAWA,
DIJADIKAN WANITA DARIPADA TULANG RUSUK YANG BENGKOK UNTUK,
DILURUSKAN OLEH LELAKI,

TETAPI SEANDAINYA LELAKI ITU SENDIRI TIDAK LURUS ....
MANA MUNGKIN KAYU YANG BENGKOK MENGHASILKAN BAYANG YANG LURUS,
LURUSKANLAH WANITA DENGAN JALAN YANG DITUNJUK OLEH ALLAH SWT,
KERANA MEREKA DICIPTAKAN SEBEGITU RUPA OLEH ALLAH,
DIDIKLAH MEREKA DENGAN PANDUAN DARINYA,
JANGAN CUBA MENJINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, KERANA NANTINYA,
MEREKA SEMAKIN LIAR,

JANGANLAH HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN , KERANA NANTINYA,
MEREKA AKAN SSEMAKIN DERITA, KENALKAN MEREKA ,
KEPADA ALLAH , ZAT YANG KEKAL,
DISITU PUNCA KEKUATAN DUNIA !

AKAL SENIPIS RAMBUTNYA , TEBALKAN IA DENGAN ILMU,
HATI SERAPUH KACA, KUATKANLAH IA DENGAN IMAN,
PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH IA DENGAN AKHLAK,
SUBURKANLAH IA KERANA DARI SITULAH NANTINYA,
MEREKA AKAN LIHAT NILAIAN DAN KEADILAN RABB,
BISIKKAN KE TELINGA MEREKA BAHAWA KELEMBUTAN BUKAN SUATU KELEMAHAN,
IA BUKAN DISKRIMINASI ALLAH, SEBALIKNYA DISITULAH KASIH DAN SAYANG ALLAH,

WANITA YANG LUPA HAKIKAT KEJADIANNYA, PASTI TIDAK AKAN TERHIBUR,
DAN TIDAK AKAN MENGHIBURKAN,
TANPA IMAN, ILMU DAN AKHLAK, MEREKA TIDAK AKAN LURUS,
BAHKAN AKAN SEMAKIN MEMBENGKOK,
ITULAH HAKIKATNYA ANDAI WANITA TIDAK KENAL RABBNYA,
BILA WANITA MENJADI DERHAKA, PASTI DUNIA LELAKI AKAN MENJADI HURU-HARA,

LELAKI PULA JANGANLAH MENGHARAPKAN KETAATAN SEMATA-MATA,
TAPI BINALAH KEPIMPINAN,
PASTIKAN SEBELUM WANITA MENUJU ILAHI, PIMPINLAH DIRI KEPADANYA,
JINAKKAN DIRI KEPADA ALLAH, NESCAYA AKAN JINAKLAH SEGALA-GALANYA
DI BAWAH PIMPINANMU
JANGANLAH MENGHARAPKAN ISTERI SEMULIA FATIMAH AZ-ZAHRA'.
ANDAINYA DIRIMU TIDAK SEHEBAT SAIDINA ALI KARAMALLAHUWAHAH.

p/s: Bersyukurlah apa yg kita ada [pasangan @ wanita] sekarang, hargailah dan bimbinglah ke jalan yg benar. Kepada kaum adam, bukan senang kita nak membimbing seorang wanita, karenah dia emo dia lagi2 time dtg bulan dia, kaum adam pon kena respect memang sejak azali perangai wanita sebegini rupa. So banyakkan lah bersabar kaum2 adam jika kaum2 hawa susah di guild... ;p lama kelamaan lembut la hati kaum hawa jika betul caranya. [aku pon berpesan2 kat diri aku jugak] =)

Thursday, February 12, 2009

7 kesilapan BERDIET

Pernahkah anda merasa telah berjuang melakukan diet tetapi berat badan masih tidak turun-turun? Bukan hanya anda seorang yang mengalaminya tetapi turut dilakukan oleh orana lain. Hal ini disebabkan kerana adanya kesalahan yang seringkali tanpa disedari berlaku di sepanjang tempoh Derdiet. Berikut adalah di antara kesalahan yang sering dilakukan:



1 Kesilapan Berdiet 'Crash diet'
'No fat diet, no carbs diet, high protein diet". Diet-diet ini tidak seimbang dan membahayakan fungsi tubuh. Lemak mempunyai fungsi penting dalam tubuh kita, membantu penyerapan vitamin A, D, E, K. Apabila ia tidak langsung diambii maka tubuh akan kekurangan vitamin-vitamin yang diperlukan dan boleh menyebabkan penyakit yang lebih serius. Tidak mengambil karbohidrat juga sangat berbahaya kerana tubuh kita memerlukan karbohidrat sebagai sumber tenaga utama. Otak kita juga memerlukannya. Diet sebenar yang disarankan adalah yang seimbang, bukan yang mengharamkan salah satu jenis nutrisi yang ada.

2 Menetapkan'cheat day'
Kebanyakan orang yang berdiet seringkali menetapkan satu hari untuk 'cheat day' atau 'makan bebas', dan kebiasaanya pada hari minggu. Menetapkan 'cheat day' khusus seperti ini dianggap seperti memberikan 'reward' atau hadiah setelah anda berhasil melepasi enam hari sebelumnya dengan diet yang ketat. Diet sebenamya adalah 'lifestyle', jadi dengan memberikan 'cheat day', anda akan memprogramkan otak anda bahawa enam hari sebelumnya adalah 'hari penuh sengsara'. Anda tidak perlu melakukan semua itu kerana jika pola ini diteruskan, lama kelamaan ia akan membuat anda penat untuk berdiet dan akhirnya melepaskan pola diet yang dijalankan selama ini. Anggaplah diet anda adalah sebuah gaya hidup, bukan tuntutan atau tekanan dari sesiapapun.

3 Makan hanya sehari sekali
Makan banyak boleh menambahkan berat badan manakala makan lebih sedikit akan menurunkan berat badan anda. Oleh sebab itu ramai yang menahan rasa lapar atau tidak makan langsung untuk menurunkan berat badan. Walaubagaimanapun, berlapar hanya akan menyebabkan metabolisme tubuh menurun, yang seterusnya melambatkan proses pembakaran lemak. Semua itu menurunkan tenaga seharian anda dan seterusnya menyebabkan anda berasa lemah atau kurang cergas.

Lapar juga pertanda perut anda kosong dan gula darah sudah menipis sedangkan otak amat memerlukannya. Apabila diteruskan, anda akan mula berasa pening. Hal ini juga sama kesnya dengan orang-orang yang makan hanya sehari sekali atau dua kali dengan niat ingin kurus. Sebaik-baiknya anda perlu makan antara 5 hingga 6 kali sehari di mana tiga kali makanan 'biasa' dan tiga kali lagi snek untuk mendorong metabolisme tubuh supaya tetap meningkat.

4. Pengambilan kalori terlaiu rendah
Untuk wanita, tubuh memeriukan sekitar 2000 kalori setiap harinya, sedangkan lelaki memerlukan sekitar 2500 kalori sehari. Apabila kalori yang masuk dibatasi kepada 1000 kalori atau kurang dari itu maka ia akan menyebabkan rendahnya metabolisme tubuh dan boleh menyebabkan anemia.

5.Hanya menumpukan pada pemakanan semata-mata
Mengapa?. Walhal olahraga dapat meningkatkan metabolisme tubuh yang membantu proses pembakaran lemak dan kalori, berat badan pun akan lebih cepat turun. Jika susah sangat untuk berolahraga, mari kita ganti dengan gaya hidup aktif. Contohnya meletakkan kereta jauh dari pintu masuk pusat membeli belah untuk membolehkan anda berjalan kaki lebih lama dan lebih jauh.

6. Tidak minum susu
Meminum susu setiap hari tetap diutamakan, terutamanya susu rendah lemak berkalsium tinggi kerana ia membantu menguatkan tulang dan melengkapkan zat tubuh.

7 Tidak makan setelah berolahraga
Makan setelah berolahraga ini adalah makan terpenting untuk tubuh. Adalah disarankan meminum protein dan karbohidrat paling lewat 15 minit setelah latihan dan makan seperti biasa 1 jam setelah latihan untuk memperbaiki tubuh setelah berolahraga.

Architectura # 002: [Holy Places Projects]






Future project kat Tanah Suci Mekah, tak sure sama ada just illustration or real project. Buat masa ni tak dapat kepastian yang sahih tp tunggu je lah kalau betul real project, memang mega project gempak lah... =)

Wednesday, February 11, 2009

TAG: Wedding plan

1. How old are you?
23 years old on dis sept.

2.Are you single?
single but not available ;p

3.At what age do you think you'll get married?
maybe 26 lepas abis study keje 2 tahun paling lewat pon 29 la.

4.Do you think you'll marrying the person you are with now?
depend pada jodoh. if panjang jodoh dgn 'dia' la, 'dia' la sehidup sematiku =)

5.If not, who do you want to marry?
Heliza Helmi [sooo.. sweet] XD

6.Who will be your bridesmaid & bestman?
Tak kesah siapa2 pun. depend volenteer heee.. ;p

7.Do you want a garden/beach or traditional wedding?
beach. time matahari terbenam dengan angin sepoi² bhasa. pepasir putih desiran ombak...soooo sweet...

8.Where do you plan to go on honeymoon?
somewhere in island [belum dikenal pasti] ;p

9.How many guests do you think you'll invite?
Semua rakan² kalian. insyaALLAH. datang jgn tak dtg ye.

10.Will that include your exes?
jemput je nk datang or tak depend... ;p

11.How many layers of cake do you want?
seberapa tinggi yg boleh ;p

12.When do you want to get married, morning or evening?
petang time mentari terbenam romentiknya.... XD

13.Name the song/tune you'd like to plat at your wedding:
Selamat Pengantin Baru...

14.Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?
semua boleh depend pada tetamu =)

15.Champagne or red wine?
Di larang sama skali!!

16.Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
Everyday after marriage =)

17.Money or household items?
Money. Ada fulus ada lah household..

18.How many kids would you like to have?
max 6. 4 laki 2 perempuan [reason: 4 laki = mengusung jenazah bapanya, 2 pmpn = menemani ibunya dirumah] (^_^)

19.Will you record your honeymoon in DVD/CD?
semestinya..kenangan terindah =)

20. Whose wedding plan would you like to know next?
sesiapa yg berkenaan...dan yg dh bce blog nie sila2 la tag yea espeslly RESYA yg xcited nk tag kn diri dia 2 hehehe... ;p