Pulau yang terletak berhampiran bandar Sampoerna, Sabah ini adalah antara pulau terindah di dunia dan popular dengan aktiviti selaman skuba. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh New 7 Wonders of Nature votes commitee, Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun 2009.
Pulau Tioman yang berada di bawah pentadbiran negeri Pahang ini terletak di antara sempadan Pahang dan Johor. Pulau ini pernah tersenarai sebagai 10 pulau tercantik di dunia dan kewujudannya kini sedang dipertahankan sebagai antara syurga aktiviti selaman skuba dan gaya hidup pulau yang menyeronokkan.
Pulau bebas cukai yang terletak di negeri Kedah ini terkenal dengan mitos dan lagenda seperti Pulau Dayang Bunting, Mahsuri, Puteri Dayang Sari, Telaga Tujuh dan sebagainya. Langkawi yang mempunyai taman geologi berusia jutaan tahun kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.
Pulau Redang adalah pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau yang terletak di Terengganu ini mempunyai sejarah tersendiri semasa Perang Dunia kedua di mana dua buah bangkai kapal iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse ditenggelamkan di perairan pulau ini.
Pulau Perhentian yang juga terletak di Terengganu antara pulau yang popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Pulau ini sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur.
Antara 5 pulau tu, 3 pulau aku dah jejaki, tinggal lagi 2 pulau Sipadan & pulau Redang tak sampai lagi. Suka sangat tempat² macam ni. Back to nature, aman. Memang sesuai sangat untuk menenangkan mental dan fizikal. InsyaALLAH next year nak menjejaki pulau Redang. Pulau Sipadan need time, need alot of money baru la best pergi sana dah la jauh nun di sabah. Still searching partner to join us going the vacation!!
Cheers! =)
seronoknye!! saye pn teringin nak pegi sipadan dan tioman.. mcm best je. ))
ReplyDeletememang sangat best.. tak tau la biler dapat pegi pulau2 tu.. ;D
ReplyDeleteTioman best . da pergi daa . Memang terbaik
ReplyDelete