Sunday, December 26, 2010

saving to spending


Duit oh duit.. datang lah kepadaku.. Kalau la duit boleh dating macam tu kan best!! Kalau cerita pasal duit ni, macam² ceritanya. Orang cakap “ Money is Everything” betul ke?? Ada orang cakap pulak “No Money no talk”. Kadang² ada betulnya jugak.

Dengan ini aku terpaksalah memecahkan tabung yang cute ini [keluarkan duit je, sayang nak pecahkan hihi]. Terpaksalah aku mula menabung balik lepas ni. Aku budget duit tabung tu aku nak gunakan untuk tujuan lain tapi tak kesampaian. Ni semua angkara MARA tak memasukkan alaun sara hidup dari bulan October sehingga ke hari ni. Dan ada beberapa payment yang sepatutnya aku dah dapat tapi maybe ada internal problem, tu yang payment sangkut.

Esok dah la start semester baru, nak register kena bayar maintenance fee lagi tah brapa ratus karang kolej caj. Kopak²!!.. Selepas kira² duit dalam 3bijik tabung, cukup la nak bayar apa yang patut kat kolej dan sara hidup dalam beberapa minggu ni. Aku mengharap sangat² awal January ni MARA masukkan alaun, kalau tak mati la aku merempat [tak de la sampai merempat kot hehe].

Apa pon bersyukur apa yang ada sekarang ni. Dugaan duniawi je semua ni. Jangan mengeluh bila di uji sebegini, tapi aku termengeluh la pulak.. hehe.. Tapi apa pun hadapi dengan senyuman.. =)

Cheers!

6 comments:

  1. pehhh tabung dia bukan main comel lagi gituu!
    mesti dah beribu-riban dah kann

    ReplyDelete
  2. taw tapa...tabung comel sangat
    hahhaaha
    ala nak grad da kan..ps nih kumpul la balik tok kawen
    lllalalalal

    ReplyDelete
  3. ~Money is not everything,but everything's need money~...so fikir2kan lah apa yg anda mahu sbnrnya...:)

    ReplyDelete
  4. yess!! baik.. sy akan pikir2kan.. ;D

    ReplyDelete